Program Memasak Dan Mengagih Bubur Asyura.
9 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada hari ahad, 8 Oktober 2017 telah diadakan sebuah program memasak dan mengagih bubur Asyura bersempena menyambut awal bulan dalam tahun Islam iaitu Muharram. Program anjuran JKKK Pekan Kubu Gajah ini telah diadakan di Surau Pekan Kubu Gajah bermula pukul 9.00 pagi. Program dimulakan dengan menyediakan segala bahan-bahan untuk memasak bubur. Kemudian, bubur perlu dikacau selama hampir 3 jam untuk masak.
Selepas itu, bubur diimasukkan ke dalam pek kecil untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Kubu Gajah. PI Pekan Kubu Gajah juga telah mengambil peluang untuk bersama-sama beramah mesra bersama penduduk yang hadir dalam program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: